Tuesday, 15 January 2013

Aku Nak Tapi Aku Tak Nak!

Kau faham tak?? aku nak tapi aku tak nak!!! sebab kalau aku nak nanti aku tak nak? kau faham?? sepatutnya aku ikut kata hati aku, aku nak tapi sebab aku tak nak tengok kau buat apa yang aku tak nak!! aku korbankan apa yang aku nak sebab aku tak nak tengok kau buat apa yang aku tak nak?? faham??!! ni bukan fasal kau tapi ni fasal aku..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku faham, tapi kalau kau buat apa yang kau nak, kau nak ke ape yang kau tak nak? kau nak tengok ke depan dengan kau tak nak? ini bukan fasal kau, ini bukan fasal aku, tapi ini fasal kita! kau faham tak???!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

apa apa je la.. aku cakap apa pun, aku tetap kena buat apa yang aku tak nak. tak guna cakap banyak..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 12 January 2013

Kpop??

Siapa tak kenal Super Junior? Siapa tak kenal Girls Generation? tipu lah kalau korang tak kenal. Tahun lepas gempar satu dunia kena virus Gangnam Style, tak terkecuali jugak aku dengan Encik Farhan ni. Mana2 pergi mesti ada Oppa gangnam style. tapi mjur kami berdua jumpa antivirus cepat, dua tiga hari lepas gangnam meletup, kiteorang dah mula naik muak dengan oppa gangnam style tu. ok, sekarang aku bukan nak cakap fasal gangnam tapi aku nak cakap fasal trend kpop.

aku tak tahu kenapa tapi aku baca statement tu macam kelakar sesangat! XD
 virus kpop yang makin menular dalam masyarakat malaysia tak kira la bangsa apa sekali pun. persoalannya apa yang ada dengan kpop?? kalau nak kata artis kpop tu cantik, memang la. dah macam pie aku tengok muka diaorang make up. tapi mungkin ada yang natural beauty tu aku tak tahu la kan. tapi dalam kepala aku still ada satu tanda soal besar yang kalau aku tanya kat saintis pun diaorang tak tahu nak cakap macam mana. teringat aku masa zaman kat maktab dulu, masa tu sepanjang minggu kitaorang bebudak maktab memang boleh goyang kaki, cikgu2 semua sibuk mesyuarat sampaikan kalau ada budak yang saling bunuh membunuh pun cikgu tak perasan rasanya. macam biasa lah geng aku tak habis2 cakap fasal kpop, aku je yang tak minat. kawan aku sorang ni pulak boleh duk pulun belajar bahasa korea. so, aku yang tak minat kpop ni pun terasing lah dari diaorang. dari aku nampak macam orang bodoh duduk kat situ, aku pun pergi la jalan2. tiba2 ada sorang cikgu ni memang dah lama aku kenal dia. dia tegur la aku yang tengah dengar lagu kat phone ni. dia cakap "dengar apa tu? oppa oppa ke??" haihh,, cikgu aku sorang ni pun dah kena virus oppa jugak ke?? hairan tak tahu nak cakap apa aku pun terdiam. so apa yang aku nak sampaikan kat sini, apa yang istimewa dengan kpop ni pun aku tak tahu. tapi bagi aku, aku rasa tak da apa yang special pun. kadang2 tu nyanyi ja lebih tapi maksudnya tak faham, pronounce pun entah betul entah tidak. sampai sekarang aku still tak faham, ada apa dengan kpop..

seriously aku tak tahu siapa kpoper ni tapi melihatkan muka kat belakang tu mesti dia ni femes .

Tidur Senyum

aku tak tahu apa tabiat ake sebelum ni pun. mungkinkah tension tanpa sebab tu merupakan tabiat? tapi apa pun, tahun baru dan aku ada tabiat yang baru. tabiat yang pelik dan mungkin juga menakutkan. apa tabiat aku tu?? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tidur dan senyum! entah macam mana aku boleh tidur dan senyum dalam masa yang sama. bukan senyum sikit, tapi senyum yang lebarnya kemain lagi! aku tahu ni pun sebab ada orang tegur dan kejutkan aku masa tidur sambil senyum tu. dan aku pun mula terasa sendiri jugak sebenarnya, bila aku bagun je tidur mesti aku macam dah automatik senyum dan pipi aku rasa cekang. tapi yang lagi peliknya, kalau aku sambung tidur balik lepas tu aku tetap tidur dalam keadaan tersenyum. symptom apalah yang aku alami ni pun aku tak tahu. tapi jangan salah faham, aku bukannya senyum sebab aku mimpi bukan-bukan!! aku sendiri pun tak tahu kenapa..

Sara Syarafina

siapa Sara Syarafina?? mesti korang tak kenal kan? ya, aku bukan blogger hot seperti Fatin Liyana yang cun atau Ariff Shah yang macho tu (dah nama pun perempuan takan macho pulak kan?). kalau cari kat search engine google pun belum tentu jumpa blog ni. aku tak ada facebook, maksud aku pernah ada tapi aku buang atas sebab2 tertentu. aku ada myspace tapi aku tak rase bebudak sekarang still guna myspace. aku cuma ada google+ je. so nak kalau nak follow (kalau nak, aku tak pakse okay?), add to circle je aku kat dalam google+ korang. dah, sebelum aku melalut tah hape yang aku type pun aku tak tahu, baik aku stop. tapi aku rasa tak lama lagi berhabuk la blog ni kalau takde pengunjung, kalau ade belakang cerita. kita tunggu dan lihat.. byeeee...