Siapa tak kenal Super Junior? Siapa tak kenal Girls Generation? tipu lah kalau korang tak kenal. Tahun lepas gempar satu dunia kena virus Gangnam Style, tak terkecuali jugak aku dengan Encik Farhan ni. Mana2 pergi mesti ada Oppa gangnam style. tapi mjur kami berdua jumpa antivirus cepat, dua tiga hari lepas gangnam meletup, kiteorang dah mula naik muak dengan oppa gangnam style tu. ok, sekarang aku bukan nak cakap fasal gangnam tapi aku nak cakap fasal trend kpop.
 |
| aku tak tahu kenapa tapi aku baca statement tu macam kelakar sesangat! XD |
virus kpop yang makin menular dalam masyarakat malaysia tak kira la bangsa apa sekali pun. persoalannya apa yang ada dengan kpop?? kalau nak kata artis kpop tu cantik, memang la. dah macam pie aku tengok muka diaorang make up. tapi mungkin ada yang natural beauty tu aku tak tahu la kan. tapi dalam kepala aku still ada satu tanda soal besar yang kalau aku tanya kat saintis pun diaorang tak tahu nak cakap macam mana. teringat aku masa zaman kat maktab dulu, masa tu sepanjang minggu kitaorang bebudak maktab memang boleh goyang kaki, cikgu2 semua sibuk mesyuarat sampaikan kalau ada budak yang saling bunuh membunuh pun cikgu tak perasan rasanya. macam biasa lah geng aku tak habis2 cakap fasal kpop, aku je yang tak minat. kawan aku sorang ni pulak boleh duk pulun belajar bahasa korea. so, aku yang tak minat kpop ni pun terasing lah dari diaorang. dari aku nampak macam orang bodoh duduk kat situ, aku pun pergi la jalan2. tiba2 ada sorang cikgu ni memang dah lama aku kenal dia. dia tegur la aku yang tengah dengar lagu kat phone ni. dia cakap "
dengar apa tu? oppa oppa ke??" haihh,, cikgu aku sorang ni pun dah kena virus oppa jugak ke?? hairan tak tahu nak cakap apa aku pun terdiam. so apa yang aku nak sampaikan kat sini, apa yang istimewa dengan kpop ni pun aku tak tahu. tapi bagi aku, aku rasa tak da apa yang special pun. kadang2 tu nyanyi ja lebih tapi maksudnya tak faham, pronounce pun entah betul entah tidak. sampai sekarang aku still tak faham, ada apa dengan kpop..
 |
| seriously aku tak tahu siapa kpoper ni tapi melihatkan muka kat belakang tu mesti dia ni femes . |